Sunday, June 24, 2012

Salam Perkenalan Buat Penyokong N9 Soccer Kids



T SHIRT RASMI PENYOKONG NEGERI SEMBILAN

Kepada semua ahli keluarga pemain-pemain N9 Soccerkids,pihak Kelab Penyokong sedang menempah T Shirt rasmi penyokong edisi terhad untuk PERINGKAT KEDUA.Sekiranya ada kalangan ahli keluarga yang berminat untuk tempahan,sila hubungi blogger-Rosly ditalian 019 6526265..Harga Tshirt tersebut adalah RM 35 sehelai.Bagi size kanak-kanak,t shirt dijual dengan harga RM 30 sehelai.

INFO # 1 : Latihan Bolasepak Mykidsoccer (Darjah 4,5 & 6) akan dijalankan pada setiap petang Jumaat jam 4.00 - 6.30 petang dan 8.00-10.30 pagi setiap Sabtu dan Ahad.
Bagi pemain (Darjah 1,2 & 3) latihan akan dijalankan pada setiap Sabtu dan Ahad bermula jam 4.00 - 6.30 petang .Semua sessi latihan akan dijalankan di Padang Sekolah Kebangsaan Seri Kelana,Seremban.
Info #2 : Semua pemain diminta membawa t shirt tambahan setiapkali hadir latihan dan menukarkannya selepas selesai sessi latihan.Ianya bagi mengelakkan sebarang penyakit kulit sekiranya terus memakai tshirt latihan dengan badan yang masih berpeluh.
Info #3 :  Kelab Penyokong N9 Mykidssoccer mengalu-alukan agar T Shirt Penyokong Negeri Sembilan - Most Wanted dapat kita pakai setiap kali perlawanan serta hari Ahad (jika tiada perlawanan) bagi memastikan aura dan semangat pemain sentiasa kekal tinggi.Sokongan dan penyatuan kita semua amat diharapkan untuk menjadi penyokong TEGAR SEJATI !!!
...kemaskini info - 10.11.2013

*******************************************************
Kepada semua pemain Negeri Sembilan Mykidssoccer,pihak blogger ingin mengucapkan selamat berlatih dan memberikan sepenuh perhatian terhadap pasukan kita.Moga Kejuaraan Milik Kita !!! Anda Semua Adalah Wira Harapan Kami !
Hobin Jang Hobin...

Assallamualaikum WBT...

Selamat datang ke blog rasmi n9mykidssoccer buat semua penyokong,ibubapa,ahli keluarga,pemain,jurulatih,rakan-rakan serta mereka yang sentiasa setia bersama menyokong menjayakan Program Pembangunan Bolasepak Negara.

Secara rasmi,blog n9mykidssoccer  berjaya dihasilkan pada tanggal 23.6.2012 atas sokongan,dorongan serta kerjasama dari semua Ahli Jawatankuasa Kelab Penyokong n9mykidssoccer  bagi peringkat Negeri Sembilan Darul Khusus.

Moga dengan terhasilnya blog rasmi n9mykidssoccer ini,ianya akan menjadi suatu medium dan platform untuk semua ahli mengikuti segala perkembangan,berita,maklumat serta informasi mengenai program pembangunan bolasepak negara yang julung kali diadakan ini.

Diharapkan blog n9mykidssoccer  ini juga akan mengeratkan lagi siratulrahim serta semangat setiakawan buat semua ahli,pemain,keluarga serta ibubapa pemain.Pihak admin blog amat mengalu-alukan segala bentuk sumbangan berkaitan cadangan,pandangan,maklumat,gambar serta informasi berkaitan aktiviti n9mykidssoccer untuk dimuatkan dalam blog ini.

Salam Perkenalan ...Moga kejayaan milik kita serta pemain n9mykidssoccer bagi memartabatkan Sukan Bolasepak Negara . Sokongan Anda Amat Kami Hargai.

Sebarang cadangan serta informasi,boleh dihantar terus kepada moderator blog ini , Mohd Rosly Abd Jalil ditalian 0196526265 atau email terus ke : afqbiz@gmail.com.
Moderator Blog www.n9mykidssoccer
(Mohd Rosly Abd Jalil @ Penyokong Tegar n9mykidssoccer)
 PERHATIAN ! BLOG INI MERUPAKAN BLOG RASMI KELAB PENYOKONG PASUKAN PEMBANGUNAN BOLASEPAK NEGARA PERINGKAT NEGERI SEMBILAN.BLOG INI JUGA TIADA KAITAN DENGAN MANA-MANA BLOG SAMADA PERSATUAN BOLASEPAK MALAYSIA (FAM) ATAU MANA-MANA PERSATUAN BOLASEPAK YANG LAIN.SEGALA MAKLUMAT DISINI ADALAH PANDANGAN PERIBADI OLEH MODERATOR DAN TIADA KENA MENGENA DENGAN PIHAK LAIN.

GAMBAR-GAMBAR PEMAIN-PEMAIN MYKIDSOCCER YANG MENYERTAI PERLAWANAN DI LUAR NEGARA

 Pemain Yang Terpilih Ke Sarajevo Crotia & Bosnia (24hb Mei - 7hb Jun 2013) 
untuk Projek 2019
Tahniah ! 2 Pemain mewakili N9 ialah :-

1.Mohd Adam Rifqi Mahfuz
2.Muhammad Syahmi Mohd Yazid


KEPUTUSAN PERLAWANAN PERSAHABATAN DI SARAJEVO, BOSNIA DAN CROATIA

BIL
PERLAWANAN
NAMA PENJARING
KEJOHANAN
TARIKH
/TEMPAT
1.
MALAYSIA 1 – 0 SARAJEVO FC

ARIFF AIMAN
PERSAHABATAN
26 MEI 2013
AKADEMI SARAJEVO FC, BOSNIA.
2.
MALAYSIA 1 – 0 SARAJEVO FC
AIZAT KAMAL
PERSAHABATAN
26 MEI 2013
AKADEMI SARAJEVO FC, BOSNIA.
3.
MALAYSIA 5 – 2 NOVI GRAD FC
MUHD LUQMAN HAKIM (2 GOL), MOHD HAFIZUDDIN, ALIFF DANIEL, MUHD ASMAN

PERSAHABATAN
27 MEI 2013
AKADEMI NOVI GRAD FC, BOSNIA.
4.
MALAYSIA 2 – 3 ZELJENICAR FC
ALIFF DANIEL (2 GOL)
PERSAHABATAN
28 MEI 2013
AKADEMI BOLASEPAK ZELJENICAR FC
5.
MALAYSIA 4 – 0 NK METALAC
MUHD LUQMAN HAKIM (2 GOL), ALIFF DANIEL (2 GOL)

PERSAHABATAN
29 MEI 2013-06-12 AKADEMI NK METALAC, CROATIA.
6.
MALAYSIA 3 – 1 NK OSIJEK
MOHD HAFIZUDDIN (2 GOL), MUHD LUQMAN HAKIM
PERSAHABATAN
30 MEI 2013
PUSAT LATIHAN NK OSIJEK,
CROATIA
7.
MALAYSIA 2 – 0 NK MLADOST CEMINAC

MUHD LUQMAN HAKIM, MOHD HAFIZUDDIN
PERSAHABATAN
31 MEI 2013
AKADEMI NK MLADOST, CROATIA


GAMBAR-GAMBAR PEMAIN-PEMAIN MYKIDSOCCER YANG MENYERTAI PERLAWANAN DI LUAR NEGARA
Pemain Yang Terpilih Ke Saitama Jepun (23hb - 29hb Julai 2013) 
untuk Projek 2019
Tahniah buat pemain-pemain pasukan Projek 2019 yang bertanding di kejohanan 2013 Saitama International Junior Football Tournament kerana telah menduduki tempat ketiga selepas menewaskan Saitama South FC dalam penentuan tempat ke-3 / 4. Kejayaan ini mengulangi pencapaian tahun 2012 oleh pasukan yang dibentuk melalui Program Pembangunan Bola Sepak Negara dalam kejohanan yang sama pada tahun lalu.

Pasukan Projek 2019 telah menjadi johan peringkat kumpulan setelah menewaskan Aichi FC dengan jaringan 1-0. Gol tunggal pasukan dijaringkan oleh pemain dari MyKids Soccer Sabah iaitu Mohd Nasip Mohd Zain. Perlawanan kedua peringkat kumpulan pula menyaksikan pasukan Projek 2019 sekadar seri 1-1 dengan pasukan Ciba FC dengan gol dijaringkan oleh pemain Mykids Soccer Kuala Lumpur, Hafizuddin Ismail.

Pasukan Projek 2019 seterusnya layak ke peringkat suku akhir dan berjaya menewaskan Okinawa FC dengan jaringan 2-0. Gol-gol dijaringkan oleh 2 penyerang berbakat iaitu Mohd Nasip dan Hafizzudin. Nasib tidak menyebelahi pasukan bawah 11 tahun Malaysia ini apabila tewas di peringkat separuh akhir kepada  Tokyo FC dengan jaringan 1-2. Gol tunggal telah dijaringkan oleh penerima Anugerah Penyerang terbaik di Kejohanan Cappy Cup Croatia 2013 yang lalu iaitu, Luqman Hakim Shamsuddin daripada Mykids Soccer Kelantan.

Namun begitu semangat pasukan ini tidak pernah luntur dan akhirnya menebus kekalahan diperingkat separuh akhir dengan menewaskan Saitama South FC untuk penentuan tempat ke-3. Johan tahun ini milik pasukan bawah 12 tahun Thailand yang menewaskan Tokyo FC pada perlawanan akhir. Syabas diucapkan kepada semua pemain dan pegawai pasukan. Semoga Program Pembangunan Bola Sepak Negara ini terus menggilap bakat-bakat muda untuk masa depan bola sepak negara.

KEPUTUSAN PERLAWANAN N9MYKIDSSOCCER 2013

PERLAWANAN : N9MYKIDSSOCCER vs MYKIDSSOCCER SELANGOR (Bawah 11 tahun)
TARIKH   : 25.7.2013 (SABTU)
TEMPAT  : Padang UKM Bangi

Keputusan : N9 -( 13) : Selangor (0)

PERLAWANAN : N9MYKIDSSOCCER vs  YAYASAN NEGERI SEMBILAN
TARIKH   : 25.5.2013 (SABTU)
TEMPAT  : SK Seri Kelana,Seremban

Bawah 10 Tahun : N9MYKID (2) - YAYASAN N9 (0)
* Penjaring N9MYKID - Aniq (1), Sazwan (1) .
Bawah 12 Tahun : N9MYKID (4) - YAYASAN N9  (3)
* Penjaring N9MYKID - Daniel Izuddin (1), Amin Haiqal (1),Tuah Eizlan (2)

SYABAS DAN TAHNIAH BUAT TEAM N9MYKIDSSOCCER !!...TERUSKAN PERJUANGAN ! YAKIN BOLEH..


*********************************************************************



Keputusan Perlawanan Karnival Bolasepak Zon Selatan
(Negeri Sembilan,Melaka & Johor)
Pemain terlibat : Tahun 4 & 5 ( 10 & 11 tahun)
Tarikh : 6hb Oktober 2012 (Sabtu)
Masa : 3.00 petang
Padang : Sek.Keb.Bandar Putra,Kulai Jaya,Johor
Tahniah ! Team N9 Tahun 4 (B) Juara Kejohanan Zon Selatan !!

Keputusan Perlawanan Karnival Bolasepak Zon Selatan
(Negeri Sembilan,Melaka & Johor)
Pemain terlibat : Tahun 3 & 4 ( 9 & 10 tahun)
Tarikh : 6hb Oktober 2012 (Sabtu)
Masa : 3.00 petang
Padang : Sek.Keb.Senawang,Seremban,N9
Keputusan Pertandingan : N9 Team Juara

Team Juara !! Bergambar Beramai-Ramai
 Team Tahun 4 bergambar sebelum perlawanan dengan Pasukan Johor



Taklimat Untuk Ibubapa Pemain Bolasepak 
Daerah Port Dickson Yang Terpilih
Tarikh : 14 hb Oktober 2012 (Ahad)
Masa   : 5 petang
Masa : Sek.Keb. Kg Gelam,Port Dickson
Semua ibubapa dan pemain yang menerima surat berjaya dipilih diminta hadir ke sessi taklimat ini.

KEPUTUSAN PERLAWANAN PERSAHABATAN 

N9mykidssoccer vs WiraSCFC,Semenyih,Selangor
Tarikh : 22hb September 2012 (Sabtu)
Masa : 3.00 petang
Tempat : Padang S.K Seri Kelana,Seremban
                                              Perlawanan #1(Darjah 2)
                                      N9mykidssoccer  2 - WIRA SCFC -0


                                             Perlawanan #2(Darjah 3)
                                      N9mykidssoccer  4 - WIRA SCFC -0


Perlawanan #3(Darjah 4)

                                      N9mykidssoccer  1 - WIRA SCFC -1


Semua Penyokong Tegar Pasukan N9 MYKIDSSOCCER dijemput hadir pada setiap perlawanan untuk memberikan sokongan kepada pasukan kita.Tiada sebarang latihan dijalankan semasa perlawanan ini berlangsung.


PEMILIHAN PEMAIN BARU 2012
Pihak Pengurusan N9 Soccer Kids menghentikan sementara pengambilan pemain baru bagi semua kategori (Darjah 1 - Darjah 6) bagi tahun 2012 di Daerah Seremban.Pemilihan pemain baru akan dilakukan semula menjelang Februari 2013 tahun hadapan.Harap Maklum.

PUSAT LATIHAN N9 MYKIDSSOCCER
 DAERAH PORT DICKSON
Panel Kejurulatihan N9 Soccer Kids telah bersetuju mengujudkan pusat latihan baru di Daerah Port Dickson.Sessi pemilihan untuk mencungkil bakat-bakat baru telah diadakan pada :
Sessi # 1 Tarikh : 15.9.2012(Sabtu)
Masa : 8.00 pagi
Kategori : Darjah 1,2 & 3
 Sessi # 2 Tarikh : 16.9.2012(Ahad)
Masa : 8.00 pagi
Kategori : Darjah 4,5 & 6
Tempat sessi pemilihan diadakan di Sek.Keb Kg Gelam,Port Dickson,Negeri Sembilan.

Aksi & Photo Semasa Sessi Pemilihan-Port Dickson
 Sambutan Hebat !! lebih 180 orang pemain hadir semasa sessi pemilihan (Darjah 4,5 & 6)
 Bersedia untuk masuk ke padang dengan harapan yang menggunung..
 Panel pemilihan pemain yang berbakat untuk dipilih bagi sessi seterusnya.
 Pemain yang menunggu di tepi padang menunggu giliran..


Sebahagian ibu bapa yang datang memberikan sokongan kepada anak masing-masing.

KUTIPAN YURAN BULANAN KELAB PENYOKONG

AJK telah bersetuju untuk melantik wakil bagi pembayaran Yuran Bulanan (RM10 seorang pemain / RM 15 jika dua pemain) seperti berikut :

Darjah 1 : En.Satar / Pn Nor Fadzillah
Darjah 2 : En. Amiruddin Yahaya
Darjah 3 : Pn Haslinda / Pn.Sarimah
Darjah 4 : Pn Shima / Pn Nurul Hayati
Darjah 5 : En Karim / En Ghazali
Darjah 6 : En Yusri / En Noradzan
Sumbangan anda amat dihargai bagi membantu untuk menampung segala kos makan minum,pengangkutan serta perbelanjaan sepanjang latihan anak-anak kita dijalankan.

PEMAIN N9MYKIDSSOCCER MEWAKILI NEGARA KE KEJOHANAN CAPPY CUP,OSIJEK,CROATIA 2012

2 orang pemain 10 tahun N9 Mykidssoccer terpilih mewakili negara ke kejohanan Cappy Cup 2012 yang berlangsung di Osijek,Croatia kali ini.Tahniah dan Syabas buat Adik Aqasha & Adik Adam




SISTEM SMS SEKIRANYA PEMAIN TIDAK HADIR LATIHAN

Kepada ibubapa pemain yang tidak dapat membawa anak mereka hadir ke sessi latihan kerana mempunyai perancangan lain,kenduri kendara atau apa sahaja masalah untuk hadir latihan,diminta menghubungi pihak AJK Aduan Ibubapa melalui format SMS berikut:-

Taip <> TIDAK HADIR <> NAMA PENUH ANAK@PEMAIN <> DARJAH / TAHUN <> TARIKH TIDAK HADIR  dan SMS ke nombor berikut : 0122523622 atau 0129703575 atau 0173075438.
Contoh SMS
TIDAK HADIR <> MOHD AMRI MOHD ROSLY <> TAHUN 3 <> 14.7.2012 dan SMS ke salah satu nombor telefon bimbit diatas. 
Nota : Pihak Biro Aduan Ibubapa tidak mengalakkan Ibubapa terus menghubungi Jurulatih yang terlibat sekiranya anak anda tidak dapat hadir sessi latihan bagi mengelakkan gangguan para jurulatih yang terpaksa melayan SMS anda dan juga memberi peluang kepada Jurulatih menumpukan kepada sessi latihan pada waktu itu. Pihak Biro Aduan Ibubapa yang akan memaklumkan kepada Jurulatih berkaitan ketidakhadiran anak anda ke sessi latihan pada tarikh tersebut.
Lelong ! Lelong ! .... Boot Bola siapa nak borong ??....
Ini mesti kena denda ni...hehhee
Personaliti Pemain Pilihan Bulan Jun 2012
Pihak admin Blog N9 Soccer Kids akan memilih seorang pemain pada  setiap bulan  sebagai memberi semangat dan motivasi untuk pemain tersebut.Jom kita berkenalan dengan beliau:
Nama : Mohd Muiz Mazlan
Tahun : 3 (9 tahun)
Sekolah : Sekolah Kebangsaan Dato Idris,Tanjung Ipoh,Kuala Pilah,N9
Posisi : Pertahanan
Jawatan Pasukan : Kapten Pasukan Tahun 3
Pasukan Negeri Yang Diminati : Negeri Sembilan (Hobin Jang Hobin)
Pemain Negeri Yang Diminati : Aidil Zakuan
Pemain Negara Yang Diminati : Syafiq Rahim
Pasukan Kelab Yang Diminati : Manchester City
Pemain Kelab Yang Diminati : David Silva
Pasukan Negara Yang Diminati : Portugal

Komen Dari Jurulatih , Mr Ganesh Kumar
"Mohd Muiz is steady player,good leader of the game,reliable and discipline"...Muiz have a 'very bright future ......Good Luck Mr Mohd Muiz. 


Personaliti Pemain Pilihan Bulan Julai 2012
  
Nama : Mohd Syahmi Yazid
Tahun : 4 (10 tahun)
Sekolah : Sekolah Kebangsaan Temiang,Seremban,N9
Posisi : Sayap Kanan
Pasukan Negeri Yang Diminati : Negeri Sembilan (Hobin Jang Hobin)
Pemain Negeri Yang Diminati : Syakir Ali
Pemain Negara Yang Diminati : Norsahrul Idlan Talaha (Kelantan)
Pasukan Kelab Yang Diminati : Chelsea FC
Pemain Kelab Yang Diminati : Fernando Torres
Pasukan Negara Yang Diminati : Spain
Komen Dari Jurulatih En Megat : "Mohd Syahmi mempunyai bakat yang besar dan cukup berbakat sebagai seorang pemain.Berpotensi untuk menjadi pemain cemerlang di masa depan.


Personaliti Pemain Pilihan Ogos 2012

  
Nama : Muhamad Aniq Danial b. Nazrul Ariffin
Tahun : 3 (9 tahun)
Sekolah : Sekolah Kebangsaan Labu Ulu,Batu 8,N9
Posisi : Midfield
Pasukan Kelab Diminati : Barcelona
Pemain Yang Diminati : Lionel Messi
Kenangan Paling Manis : Menjadi penjaring terbanyak (4 gol) semasa perlawanan menentang WIRA SCFC

Aktiviti Latihan Pemain - 8.9.2012
 Mencatit kehadiran pemain Darjah 1 oleh Coach Fadzlyn...
 Coach Megat memberi tips latihan untuk pemain darjah 4..
 Coach Ahmad memberi kata-kata perangsang kepada pemain setelah lebih sebulan berehat sepanjang Bulan Ramadhan ...
 Penjaga gawang berlatih cara tangkap bola sambil duduk
Pemain Darjah 4 vs Darjah 3 mengadakan perlawanan persahabatan
                                    
Penerangan teknik dan taktik disampaikan oleh jurulatih.

Seri Kelana Pasti Boleh !!!! .....!!! Terimakasih buat SK Seri Kelana,Guru Besar,Guru-Guru,Pihak Pentadbiran,warga kerja serta seluruh pelajar SK Seri Kelana yang memberikan kebenaran untuk pemain bolasepak bagi Program Pembangunan Bolasepak Negara kami berlatih di padang sekolah anda.Kami amat terharu dengan kebenaran yang diberikan untuk menggunakan padang sekolah anda sebagai padang latihan serta perlawanan ...Sokongan anda amat kami hargai..Terimakasih.

KENALI JURULATIH ANDA










                                                         
Sokongan dan kerjasama semua Kelab Penyokong amat diharapkan bagi memastikan kejayaan buat Team My Kids Soccer Negeri Sembilan...