Saturday, November 23, 2013

Lim Teong Kim datang ke Pusat Latihan N9mykidsoccer Negeri Sembilan

Jurulatih Lim Teong Kim,bekas pemain bolasepak kebangsaan yang kini berada di Malaysia setelah sekian lama berkelana di Bayern Munich,Jerman,meluangkan masa untuk datang memberikan tunjuk ajar kepada pemain-pemain N9Mykidsoccer pada 16.11.2013 (Sabtu) di Sekolah Seri Kelana,Seremban.Kehadiran beliau sedikit sebanyak membantu meningkatkan tahap skill dan kemahiran pemain bagi meningkatkan mutu permainan bolasepak.Beliau sempat meluangkan masa bertemu semua ibubapa pemain/keluarga dan berbincang berkaitan masa depan bolasepak,skill pemain,pemakanan pemain,motivasi serta perkongsian pengalaman beliau selama berada di Jerman.
Lim Teong Kim bersama parents yang hadir

Visi dan Objektif  Mykidsoccer diterangkan oleh Lim Teong Kim

Wednesday, November 20, 2013

AFQ - Penaja Rasmi Jersey Team Under 10

BERITA TERKINI !...Syarikat AFQ Enterprise dan AFQ Motorsports yang beroperasi di Bandar Seremban yang menjalankan perniagaan berkonsepkan Event Management,Treasure Hunt serta Safety & Health Training Consultant telah menjadi penaja rasmi jersey terbaru Pasukan Bawah 10 tahun n9mykidssoccer untuk ke Kejohanan Bolasepak Mykidsoccer Kebangsaan 2013 yang akan berlangsung di UKM,Bangi,Selangor.Pihak Admin juga mengalu-alukan kepada sesiapa sahaja yang ingin menjadi penaja atau memberikan sumbangan buat team kita dalam apa jua bentuk.Moga dengan penajaan ini akan dapat menghasilkan kejayaan buat Team Negeri Sembilan Most Wanted ! Hoben Jang Hoben !Maklumat syarikat penaja boleh diperolehi dengan melayari www.afqbiz.blogspot.com  atau www.roysafety.blogspot.com


 

Saturday, November 9, 2013

Taklimat Sistem Pemakanan Terbaik Pemain - 16.11.2013 (Sabtu)

Salam,

Semua keluarga / parents Mykidsoccer Negeri Sembilan 2013 telah hadir ke sessi taklimat berkaitan sistem pemakanan untuk pemain semasa menyertai pertandingan.Sessi penerangan dan taklimat ini cukup penting untuk setiap parents dan pemain memahami sistem pemakanan terbaik untuk pemain dan diri mereka sendiri.Taklimat ini dihadiri lebih 50 orang ahli keluarga pemain yang berlangsung pada :-

Tarikh : 16hb November 2013 (Sabtu)
Masa  : 9.30 am - 11.00 (pagi)
Tempat : Kantin Sekolah Kebangsaan Seri Kelana
Penceramah : Ms May Ling dari Syarikat Agel


Terimakasih

Kejohanan MyKidsoccer Kebangsaan 2013

Maklumat terkini : Sabtu-23.11.2013 (Jam 3.45 petang)
Kepada semua Penyokong Pasukan Mykidssoccer Negeri Sembilan ,disertakan maklumat,aturcara pertandingan,undian kumpulan serta jadual perlawanan sepertimana yang tertera dibawah.Pertandingan tahun ini akan diadakan di Universiti Putra Malaysia ( UPM ) Serdang,Selangor Darul Ehsan.Diharapkan semua parents serta penyokong tegar NEGERI SEMBILAN MOST WANTED datang beramai-ramai memberi sokongan moral kepada pasukan kita.Moga Kejayaan Menjadi Milik Kita..Hoben Jang Hoben

Jadual Perlawanan & Kumpulan Pasukan

 Bawah 12 Tahun Negeri Sembilan 2013

KUMPULAN C
1.Kedah
2.Sarawak
3.Negeri Sembilan
4.Selangor

Perlawanan # 1
Tarikh : 25.11.2013(Isnin)
Masa : 9.30 pagi
Padang: C , UPM , Serdang
Perlawanan : NEGERI SEMBILAN vs SELANGOR
*****************************************
Perlawanan # 2
Tarikh : 25.11.2013(Isnin)
Masa : 4.00 petang
Padang: C , UPM , Serdang
Perlawanan : NEGERI SEMBILAN vs KEDAH
*****************************************
Perlawanan # 3
Tarikh : 26.11.2013(Selasa)
Masa : 9.00 pagi
Padang: C , UPM , Serdang
Perlawanan : NEGERI SEMBILAN vs SARAWAK


Jadual Perlawanan & Kumpulan Pasukan


 Bawah 10 Tahun Negeri Sembilan 2013


KUMPULAN B

1.Kuala Lumpur
2.Negeri Sembilan
3.Sarawak
4.Pulau Pinang

Perlawanan # 1
Tarikh : 25.11.2013(Isnin)
Masa : 8.00 pagi
Padang: No 3 , UPM , Serdang
Perlawanan : NEGERI SEMBILAN vs KUALA LUMPUR
*****************************************
Perlawanan # 2
Tarikh : 25.11.2013(Isnin)
Masa : 5.15 petang
Padang: No 3 , UPM , Serdang
Perlawanan : NEGERI SEMBILAN vs PULAU PINANG

*****************************************
Perlawanan # 3
Tarikh : 26.11.2013(Selasa)
Masa : 9.00 pagi
Padang: No 3 , UPM , Serdang
Perlawanan : NEGERI SEMBILAN vs SARAWAK


Semua Penyokong Tegar N9 Most Wanted dijemput datang beramai-ramai memberikan sokongan moral kepada pasukan kita...Pihak Admin akan cuba update keputusan setiap perlawanan dari masa ke semasa .Hoben Jang Hoben !


Tentatif Mykids Soccer 2013

Senarai Pasukan Yang Terlibat
JADUAL PERLAWANAN BAWAH 12 TAHUN
Jadual Pertandingan Bawah 12 Tahun

Jadual Pertandingan Bawah 12 Tahun

                                         JADUAL PERLAWANAN BAWAH 10 TAHUN

   

SEMUA PERLAWANAN AKAN BERLANGSUNG DI UPM(Universiti Putra Malaysia) ,Serdang,,Selangor..
Nota : Terimakasih kepada Coach Fazlyn diatas info yang diberi.