Tuesday, October 1, 2013

2013 Asia Youth Football Festa - Korea

Anyong Haseyo (Apakhabar dalam Bahasa Korea)..

Tahniah buat Pasukan Bawah 10 tahun dan Projek 2019 Malaysia (Bawah 11 tahun) yang terpilih mewakili kejohanan 2013 Asian Youth Football Festa yang berlangsung di LNG Sports Complex, Incheon,Korea Selatan pada 2hb hingga 6hb Oktober 2013 yang lalu.Syabas ! dan Tahniah kerana kedua-dua pasukan negara tersebut meraih kejayaan di Bumi Kimchi tersebut tanpa sebarang kekalahan dalam semua perlawanan.Pasukan Negara  meraih Trofi Pasukan Terbaik serta Piala Fairplay untuk kedua-dua pasukan.Tahniah dan syabas buat En Ibrahim , Coach Raja Azlan Shah & Coach Ganesh Kumar yang telah mengharumkan nama negara serta rakyat Malaysia....Kam Sa Ham Nida (Terimakasih dalam Bahasa Korea)....

Berikut adalah keputusan perlawanan :-
Bawah 10 Tahun:

Malaysia (1) vs China -Chengdu (1)
Jaringan : Danish(1)
Malaysia (7) vs Korea - Y Soccer (1)
Jaringan : Danish (3),Shahmie (3) , Aniq (1)
Malaysia (4) vs Korea - J Soccer (1)
Jaringan : Danish (2),Shahmie (2)
Malaysia (1) vs Korea - Yubi Soccer (1)
Jaringan : Shahmie (1)
Team Negara Bawah 10 dan Bawah 11 (Projek 2019) bergambar sebelum memulakan perlawanan
Berikut adalah Keputusan Perlawanan Pasukan Bawah 11 tahun (Projek 2019)
Malaysia (1) vs Cambodia (0)
Malaysia (4) vs China Gongyuan (0)
Malaysia (2) vs Korea Wabu FC (0)
Malaysia (3) vs Korea  Gwang Myung (0)

Malaysia merangkul kejuaraan ! Tahniah ! Kita Berjaya Menaiki Podium ! Kita Berjaya Mengegar Dunia !!



 Gambar -Gambar Kandid semasa berlangsungnya kejohanan ini...
Pintu Masuk Utama Tapak Kejohanan,LNG Sports Complex,Incheon

Menikmati hidangan serta jamuan yang disediakan oleh pihak penganjur

Latihan Pemanas badan..Suhu sekitar 19 darjah celcius.

Pasukan bawah 10 tahun memulakan latihan

Berlatih bersama Bawah 10 tahun dan Bawah 11 tahun (Projek 2019)

Pasukan bawah 10 tahun bersedia untuk mengganas !

Kain Rentang Kejohanan untuk setiap negara yag terlibat.